08 January 2013

Apa bila Anak mama Izzah Mula BERBICARA DA..da..da..DA....


assalamualaikum semua...huhu..sejak dua menjak nie anak mama nie asik membebel jer..belatih berzanji agaknye..hehhee...nie ha cuber tgok gelagak izzah kat video nie...hehe..click jer kat pic video tu..heheh..lawak jer izzah nie....



21 December 2012

KEBAIKAN SUSU IBU

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah arini saya nk share bersama2 semua berkenaan KEBAIKAN SUSU IBU...susu ibu nie bagus untuk bayi kita... dalam al-quran sendiri ada menceritakan berkenaan susu ibu seperti berikut :-

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Baqarah : ayat 233)

Begitu juga dalam ayat lain, Allah SWT telah memberitahu:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14).


jgn kita risau biler bagi susu ibu nnt tidak mendapat breast yg montok sepeRti sebelumnya. pikirlah untuk bayi kita, insyallah kita akn mendapat balasannye kelak..byk ibu2 sekrg yg tidak mahu bg bayi mereka susu badan kerana ingin mengekalkan bentuk badan yg sedia ada... disini saya ingin menceritakan khasiat susu ibu untuk bayi dan anak seperti dibawah :-

UNTUK BAYI
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
    Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
    Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. 
  • Susu ibu mempunyai kesan yang sangat baik pada perkembangan mental jika diukur mengikut ‘Index Perkembangan Mental’ pada umur enam dan dua belas bulan.
  • Susu ibu mempunyai skor yang tinggi pada ujian kemahiran pergerakan (psychomotor) pada umur enam bulan berbanding dengan susu formula.
  • Bayi yang disusukan ibu mempunyai skor penguasaan bahasa yang lebih tinggi pada umur tiga dan enam bulan.
UNTUK IBU
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya 
LAIN-LAIN KEBAIKAN

  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

SELAIN ITU, KALaU INGINKAN ANAK YG MONTOK N GEBU MCM ANAK SAYA DIBAWAH NIE, BG LAH SUSU IBU SEPENUHNYE..INSYALLAH ANAK KITA SIHAT DAN DIJAUHI DARI PENYAKIT ...AMIN..AMIN...AMIN 

fezazen




20 December 2012

BLOG BERWAJAH BARU

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.....

Fuhhhh!!! penat aku 1 hari nie mengadap pc semata2 nk mengupgrade blog aku yg dah agak masham nie...huhuhu.. akhirnye ini yg yg terhasil ....

www.elyzazen85.blogspot.com
amacam okey x? hehee..penat aku godek2 lagi tadi....padahal keje kat opis byk nie..tapi disebabkan mood nk buat keje x dok, so nie ler keje aku...yelah dah nama ketua unit ict kene lah mengadap pc jer...hehehe... 

aku ambik masa nak upgrade blog nie adalah dlm 5 jam...lama kan?tapi tak rs semuanye okey lagi nie..byk yg perlu di perbaiki lagi nie..tak perlah, kiter godek2 dulu..nnt dah tau senang nk buat...okey lah..pasni insyallah aku akan selalu mengupdate blog nie..INSYALLAH!!!..

okey lah mood keje aku tetiber jer dah dtg (yelah nk balik lagi 1jam..huhu) ...jom jengah2 lah blog aku nie yer....wasalam

fezazen

11 December 2012

Perkembangan bayi – faham perkataan, perbuatan dan konse

Assalamualaikum semua...dah setahun dah lamanye tak update blog...sgt2 ler lamanye..hahaha..yelah sejak dah ada baby nie lend ah kejenye..apa2 pun biler dah ada baby nie byk pengalaman baru yg saya rs nk kongsi bersama2 anda semua berkenaan baby...rata2 sekrg nie ramai yg kawin muda dan pengalaman untuk menjaga n pengetahuan tentang baby tu kurang,.. so disini saya nk kongsikn bersama anda semua berkenaan PERKEMBANGAN BAYI SEJAK DILAHIRKAN SEHINGGA BERUMUR 12 BULAN...

Bayi baru lahir tidak boleh bercakap atau faham sepenuhnya apa kita kata, tapi mereka cepat belajar. Dari dalam Rahim dah mula mendengar suara ibu bapa mereka. Bila lahir, mereka boleh faham emosi gembira, sedih, sayang, risau dan marah.

Baru lahir ke 1 bulan
Setiap masa, bayi gunakan derianya untuk dapatkan data baru, bina pengetahuan setiap hari. Bayi dapat faham bagaimana kita rasa dan apa kita fikir melalui suara, pernafasan, rasa kulit dan gerak mata kita. Bayi akan membentuk realiti versinya dari cara kita respon, bila menangis kita datang, merenung dengan kasih sayang dan menyusu ketika lapar.

2 ke 3 bulan

Aktiviti kegemaran dia sekarang memerhati apa terjadi sekelilingnya. Dia mula faham kita akan pujuk, beri makan, bermain dengan mereka bila mereka perlukannya. Dia akan suka dengan reaksi bila dia semyum dan faham senyum adalah satu cara memberitahu dia puashati. Ketika 3 bulan dah mula ada bunyi ketika senyum

4 ke 7 bulan
Bayi mula kenal nama dia dan faham kita bercakap dengan dia. Dia akan berpusing member respon. Intonasi suara juga akan mempengaruhinya, jika bercakap dengan gembira dia juga akan membalas dengan gembira dan jika bersuara tinggi, dia akan jadi stress dan mungkin menangis.

8 ke 12 bulan
Mula faham permintaan ringkas. Cakap ‘tak’ bila dia nak sentuh sesuatu, dia akan berhenti dan pandang muka kita, dan mungkin dia pula akan mengeleng sebagai balasan. Dia juga mungkin menguji respon kita terhadap tindakannya. Contoh buang air ke lantai dan lihat apa reaksi kita, kemudian buang cawan pula dan lihat samada reaksi sama atau tak.

so rsnye, ramai kot dah tau perkembangan baby anda semu..so jgn abaikan mereka k....bye..wasalam!


nie lah anak saya yg dah berumur 6 bulan...bam..bam bukan..apa2 pun alhamdulillah dengan rezeki allah...
 

29 November 2011

macam-macam ubat!

salam sejahtera semua!..harini saya nk berceloteh, dalam minggu nie jer dah berapa kali saya pegi klinik n hospital...nie bukan merungut yer, cuma mahu berkongsi sahaja.....mungkin nie semua adalah sebab pembawakan budak org kata..tapi apa2 pun saya sgt bersyukur kerana bakal dikurniakan cahaya mata...alhamdulillah rezeki yg kau beri kepada ku ya allah!..

apa2 pun entri sayakali nie nk citer pasal ubat yg saya dapat kat doktor nie.,..byknye! semua ubat nie banyak yg besau2...sampai saya rs dlm 1 masa tersekat kat tekak nie ha wlaaupun tak makan lagi...tapi apa2 pun demi kesihatan yang tak berapa nk elok niedan anak didalam kandungan, aku kena gagahkan diri jugak untuk makan semua ubat2 nie walaupun aku tak mau.....cube korg tgok ubat-ubatan yg aku dapat dari ospital n klinik nie..huhuhu

ubat-ubatan yg perlu dimakan.....

p/s : kesabaran perlu ada untuk menghadapi kesakitan atau penyakit yg diberi....dugaan yg allah beri kepada kita ada sebabnye......

fizazen

26 November 2011

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

TAK TERLAMBAT UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1433H KEPADA SEMUA UMAT ISLAM..

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib

Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib

24 November 2011

SAYA TIDAK HILANG DI STADIUM BUNG KARNO - AHMAD FIRDAUS ARHAM

Mesti ramai yang tertanya-tanya berkenaan budak yg bernama Ahmad Firdaus Arham yg dikatakan hilang menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Sebenarnya die tak hilang..kalu nk tau lebih lanjut meh kita baca entry dibawah nie...

KUALA LUMPUR, 24 Nov : Berita mengenai Ahmad Firdaus Arham yang dikatakan hilang ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta yang tersebar di laman sosial 'Facebook' dan 'Twitter' semalam hanya merupakan salah faham.

Berita kehilangan Ahmad Firdaus, 26, hangat diperkatakan di laman sosial 'Facebook' dan 'Twitter' selepas Kedutaan Malaysia di Jakarta menerima beg dompetnya yang ditemui di dalam stadium ketika perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia, Isnin lalu.

"Saya agak terkejut dengan berita ini, sebabnya saya hanya dapat tahu melalui berita mengenai saya semalam.

"Orang sibuk bercerita dekat twitter dan facebook, mengenai saya hilang sedangkan saya Ahmad Firdaus Arham tidak hilang, hanya dompet yang hilang dan saya selamat sampai di Malaysia pagi semalam," katanya ketika dihubungi Bernama Radio 24 hari Khamis.

Beliau tidak mengetahui bagaimana dompetnya ditemui di dalam stadium berkenaan tetapi mengandaikan orang yang merompaknya kebetulan menyaksikan perlawanan itu.

Ahmad Firdaus yang juga pembantu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Jamu Mak Dara berkata kejadian sebenar berlaku adalah pada malam Sabtu yang lepas.

"Ketika membeli-belah bersama wartawan hiburan di Mangga Dua, Jakarta, saya sedar ada seorang pemuda memerhatikan saya tetapi saya tidak mengambil peduli kemudian tiba-tiba saya lihat pemuda itu terus lari.

"Dan tidak perasan dompet saya telah pun dicuri, ketika hendak membeli makanan baru saya perasan dompet sudah hilang," katanya.

Beliau berkata selepas kejadian itu, beliau ada membuat laporan di pejabat pengawal keselamatan di pusat membeli-belah tersebut namun tidak mendapat sebarang maklum balas yang positif.

"Saya agak sedih dengan tindakan pengawal tersebut apabila memberitahu, saya masih mempunyai pasport dan tiket perjalanan pulang serta tidak perlu lagi membuat laporan berhubung kehilangan dompet itu.

"Saya difahamkan oleh pihak kedutaan jika mengalami masalah sebegini lagi, rakyat Malaysia sepatutnya terus melaporkan ke Kedutaan Malaysia di sana," katanya.

Beliau berkata pada malam ini, satu wawancara secara langsung mengenai perkara sebenar yang berlaku akan disiarkan di rancangan TV Trans1 Nasional Indonesia.


Harimau Muda Malaysia yang telah memenangi pingat EMAS Bola Sepak Sukan Sea ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta

sumber : BERNAMA